Quantcast
Channel: Keluarga Suka Bercerita » Baju Menyusu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3

Adrini’s : Dapatkan Nursing Kurung Adrini’s Di Butik Almari Baju

$
0
0

Salam Ramadhan Kawan-kawan,

Alhamdulillah, sudah lebih seminggu kita umat islam menjalani ibadah puasa. Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap saya sepanjang saya berblogging dan sepanjang kita berkenalan. :)

Sekali lagi, Adrini’s tahun ini menampilkan koleksi-koleksi khas untuk Aidilfitri kali ini. Sekali lagi kami menampilkan baju kurung menyusu yang terdiri daripada baju kurung pahang, Jubah moden dan baju kurung moden.

Hasya-maroon-brown

 

Nursing kurung moden Hasya ini dihasilkan daripada material yang tidak perlu di gosok dan sangat tidak mudah untuk renyuk. Jadi ia adalah sangat menjimatkan. Kurung moden ini juga boleh di gayakan dengan dua gaya. Seperti gaya sebelah kiri dan sebelah kanan. Ikut mana yang kita prefer nak pakai gaya mana. 😀

suraya-batik-purple-teaser

Untuk tahun ini, kurung menyusu design batik ni, kami had kan penghasilan setiap satu corak dan warnanya. Kami anggap ia adalah eksklusif under Adrini’s Premium. Apa yang eksklusifnya? Baju-baju rekaan yang ada bawah kategori ini, merupakan satu rekaan/pattern/design limited pieces sahaja. Jadi takdela terjadi orang pakai corak yang sama sedondon-dondon. Hihihihih

suraya-kelabu-gelap

 

 

Nursing kurung pahang di atas ni pula dari material Cotton Sateen yang sangat lembut dan sedap di pegang. Coraknya adalah istimewa kerana tiada yang mempunyai corak ini untuk mana-mana baju menyusu yang ada.

Selain daripada baju kurung Menyusu, (moden atau traditional) tahun ini juga kami menghasilkan koleksi Jubah Menyusu Cardigan yang pertama di Malaysia dengan bukaan style cardigan. Jubah ni tidaklah baru bagi kami sebab rekaan ini, kami hasilkan daripada tahun 2012 lagi. Cuma design sebelum ni adalah untuk tops sahaja. :)

qaseh-all

 

Dannnnnnnnnn memang design ni mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari mama-mama semua. Heheheh ALhamdulillah. Even ibu yang tidak menyusu pun suka dengan design ini dan beli sebab kata mereka design ni tak menampakkan susuk belakang dan sangat flowy. Menyembunyikan apa yang perlu. Hihihihihihi

Sempena bulan Ramadhan ini, bermula 1 July 2015 sehingga 31 July 2015 Adrini’s akan mengadakan jualan Mega Sales Adrini’s khas untuk semua. Semua Items akan di teliti dan akan diberikan harga ISTIMEWA untuk mama semua (kecuali new Arrival :) )

Kalau nak lagi discount, boleh jengah ke butik kami dengan hanya menunjukkan yang mama/kakak/adik semua dah follow IG/FB page Adrini’s dan Almaribaju By Adrini’s.

Haaaaa… Amacam?

Suka ke tak suka? 😀

Untuk walk in, boleh ke Butik kami

Butik ALmari Baju by Adrini’s
19A, Jalan Plumbum P7/P,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor
Landmark: area Jakel, sebaris Jovian dan calaqisya.

Regards,
<3 Sharini Selamat <3


Viewing all articles
Browse latest Browse all 3

Latest Images